Komuniti OKU juga menyediakan berita-berita terkini berkenaan dengan aktiviti terkini warga OKU. Disamping
berita-berita terkini ia akan juga memuatkan cerita-cerita atau pengalaman warga OKU yang boleh dijadikan sebagai pendorong
dan bahan motivasi warga OKU yang lain yang mungkin mempunyai masalah yang sama.
Komuniti OKU tidak terlibat dengan mana-mana badan politik, badan keugamaan, dan juga tidak bertanggungjawab
memungut atau merayu bantuan kewangan dari mana-mana pihak.
Bahan-bahan yang disedikan di laman ini adalah untuk rujukan warga OKU demi perkembangan dan kemajuan warga
OKU. Laman ini diharapkan akan menjadi "one stop resource center" untuk warga OKU dengan tidak mengira bangsa, ugama
dan peringkat kecacatan warga OKU tersebut.
Adalah diharapkan, warga normal yang melawati laman mendapat kesedaran bahawa OKU mungking kurang upaya
dari segi deria atau fisikalnya tetapi mempunyai bakat yang sama atau lebih dari mereka yang normal. Warga OKU cuma perlukan
dorongan dan bantuan untuk mencungkil dan mengasah bakat tersebut.