Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Open Community
Post to this Blog
« October 2004 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Berita Ahli OKU
Berita Kegiatan OKU
Kegiatan Sukan OKU
OKU Memerlukan Bantuan
Pengiklanan Perniagaan OK
Komuniti OKU
Laman Utama
yahoo group
Komuniti OKU

Wednesday, 6 October 2004


Topic: Berita Kegiatan OKU
Hai semua, berikut adalah beberapa berita yang dipetik dari rancangan Bersama
Oku dan anda di radio 1.

Ada dua berita kesemuanya dan kedua-dua berita ini disampaikan oleh cik Mah
Hassan.

Berita 1.
Pada 5 dan 6 Oktober ini iaitu Selasa dan Rabu, akan diadakan program Sure
Kerja di Mains Shopping Fare. Program ini adalah di bawah Kementerian Sumber
Manusia.

Jadi, dijemputlah semua oku khususnya yang ingin mencari peluang pekerjaan
kerana di sana bukan hanya terbuka peluang pekerjaan bersama dengan jabatan
kerajaan, tetapi, peluang pekerjaan ini juga ditawarkan oleh 10 buah syarikat
yang akan mempamerkan kekosongan peluang-peluang pekerjaan dan mereka juga akan
mengadakan temuduga terbuka.

Dan untuk pengetahuan juga, program Sure kerja ini juga akan diadakan di
setiap negeri-negeri dan untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi Jabatan
Tenaga Rakyat yang berhampiran dengan tempat anda.

Berita 2.
Pada 11 Oktober iaitu hari Isnin, akan diadakan satu seminar di salah sebuah
hotel terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur. Seminar ini ditujukan khusus kepada
telefonis cacat penglihatan sama ada yang sedang bekerja di Jabatan kerajaan,
mahu pun jabatan swasta.

Jadi, itulah sahaja buat kali ini. Sekian dan jumpa lagi.


Posted by komuniti-oku at 11:25 PM JST | Post Comment | Permalink

View Latest Entries