Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Open Community
Post to this Blog
« April 2024 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics
Berita Ahli OKU  «
Berita Kegiatan OKU
Kegiatan Sukan OKU
OKU Memerlukan Bantuan
Pengiklanan Perniagaan OK
Komuniti OKU
Laman Utama
yahoo group
Komuniti OKU

Tuesday, 25 January 2005

Cara meminpin orang buta dan cara menghidangkan makanan
Mood:  cool
Topic: Berita Ahli OKU
Ok, sekarang, kita nak cerita pula, cara-cara meminpin orang buta ketika berjalan. Ketika berjalan, tangan orang buta mesti berpegang pada bahagian siku orang yang membawanya. Ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan orang yang dipimpinnya dan orang yang meminpinnya. Apabila berada di sesuatu tempat yang sempit, orang yang dipimpin mesti berada di belakang orang yang meminpin. Ini bertujuan supaya si buta itu tidak melanggar objek dan memudahkan si buta itu berjalan. Dan, ia seterusnya memudahkan pergerakan orang yang meminpin. Semasa meminpin orang buta, tolonglah jangan dipegang tongkat si buta itu. Ini adalah kerana, tongkat itu, ibarat mata bagi orang buta. Jadi, bila tongkat sudah dipegang, ianya amat merbahaya sekali bagi orang buta itu. Pernah berlaku satu kes di mana seorang buta telah terjatuh ke dalam longkang akibat tongkatnya telah dipegang oleh orang yang membawanya. Satu lagi, apabila si buta itu memgang siku anda, pergerakan anda termasuk naik atau turun tangga, dapat dirasakannya dengan mudah dan berkesan. Sekarang, kita nak pergi pula ke cara-cara menghidangkan makanan dan minuman pula. Apabila membawa si buta ke kedai makan, warung atau restoran, bila dah berhenti di sesebuah meja, ambilkan kerusi dan ambil tangannya untuk memegang kerusi tersebut dan baru suruh dia duduk. Ini amat penting sekali. Manalah nak tau, kot-kot tersalah duduk, memanglah duduk lantai. Selepas itu kalau dapat, beritahu apa yang terdapat di atas meja. Apabila makanan dan minuman yang dipesan telah sampai, tolong beritahu, apa yang ada di depan si buta tu. Dan kalau boleh, ambil tangan mereka dan bagi mereka pegang cawan dan pinggan yang terdapat di atas meja. Jangan bagi mereka pegang makanan dan air minuman pulak. Siapa yang nak makan lepas tu? Perlu diingatkan di sini, orang buta ni, dia makan banyak cara. Ada yang makan, tak tumpah walau setitik pun kat meja. Tapi, ada pulak tu macam aku ni, amboi, macam cakar ayam saja makan. Mesti ada yang tertumpah ke atas meja. Maklumlah buta kan? hahahahahahaha. Jadi, anda janganlah malu-malu untuk tolong dia makan. Maksudnya, kalau ada yang nak tertumpah tolong masukkan ke dalam pinggan/mangkuk itu kembali. Kalau dah terjatuh atas meja, tak payahlah. Itulah serba sedikit penerangan kali ini. Nota: Kepada sesiapa yang ingin meletakkan artikal saya di internet, adalah dipersilakan. Tetapi, jangan lupa untuk meletakkan alamat e-mail saya yang tertera. Dan, jangan lupa maklumkan bahawa saya adalah seorang yang cacat penglihatan. Itu amat penting. Ultraman Blind Pulau Pinang Malaysia.


Posted by komuniti-oku at 12:36 PM WST | Post Comment | Permalink

Bagaimana orang buta pakai komputer
Mood:  cool
Topic: Berita Ahli OKU
Hai dan salam sejahtera. Amboi, lama betul tak menulis. Tapi kini, aku mai balik sebab kena mengatasi kekeliruan yang timbul pada orang normal. Banyak orang tak percaya yang orang buta boleh menggunakan komputer. Amboi, dah penat dah aku bagi penerangan. Tapi, still tak faham dan mengerti. Teknologi yang canggih sekarang ni, apa pun boleh jadi. Ok, ni aku nak terangkan sekali lagi bagaimanakah orang buta boleh menggunakan komputer. Sebenarnya, komputer orang buta telah dilengkapi dengan satu software khas yang diberi nama Screen Reader atau pembaca screen. Apabila pembaca screen itu telah di install ke komputer, maka komputer akan boleh berkata-kata seperti manusia. Cuma, dia menggunakan voice synthersizer. Dengan software itulah kami membaca setiap text yang terpapar di screen komputer. Dan dengan software itulah kami check e-mail dan melayari laman-laman web. Tetapi, pembaca screen ini ada kelemahannya. Dia hanya boleh membaca text sahaja. Jika ada grafic atau gambar, dia akan senyap atau hanya menyebut grafic atau blank. Sebab itulah orang buta tak suka kalau orang hantar attachment bergambar padanya. Kalau voice attachment, ok. Dan untuk pengetahuan juga, software pembaca screen reader ini datangnya dari Amerika Syarikat. Jadi, kalau dia baca bahasa melayu, bunyinya seperti mat salleh baru nak belajar cakap melayu. Kalau dia baca english, ok lah. Dan untuk pengetahuan juga, satu keping cd tulen software ini, harganya boleh mencecah RM 4000. Manalah orang buta mampu nak beli. Jadi, apa yang kami buat ialah menggunakan yang tiruan. Apa nak buat? Kami pun nak berkomputer jugak. Tak ada pun pembangun software di sini yang berusaha menciptakan satu software screen reader versi melayu buat kami. Jadi, kami bergantung sepenuhnya kepada software yang di import. Pihak-pihak yang berkenaan tidak patut menyalahkan kami kerana menggunakan perisian tiruan. Sebelum menyalahkan kami, carilah dahulu alternatif bagi kami. Ada dua pembaca screen yang popular yang digunakan di Malaysia. Pembaca screen itu ialah Jaws dan Window-eyes. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jaws, sila ke http://www.freedomscientific.com/ dan, untuk mengetahui lebih lanjut tentang Window-eyes, sila ke http://www.gwmicro.com/ Apabila anda melawat kedua-dua laman web ini, anda bolehlah muat turun software demo. Selepas itu, install dan alamilah sendiri bagaimana komputer bercakap. Ok, setakat itulah dahulu penerangan buat kali ini. Harap dah faham ya? Kalau tak faham, silakan bertanya. Tanyalah apa saja saya sudi menjawab kalau saya tau. Ok, jumpa lagi. Ultraman Blind Pulau Pinang Malaysia. Block quote end Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now This email was cleaned by emailStripper, available for free from http://www.papercut.biz/emailStripper.htm


Posted by komuniti-oku at 12:32 PM WST | Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older