Make your own free website on Tripod.com

KOMUNITI OKU

Laman utama | Web Log | Organisasi kami | Hubungi kami | Aktiviti OKU | Bersama kami | Laman ahli | Berita | Rangkaian | Iklan

Selamat datang ke Komuniti OKU !

Kami telah dilawati sebanyak

Komuniti OKU ialah satu laman komuniti siber untuk orang kurang upaya (OKU) di Malaysia. Laman ini menyediakan informasi-informasi yang dapat menafaatkan masyarakat OKU di negara ini.
 
Komuniti OKU juga menyediakan saluran untuk membincangkan masalah-masalah OKU dengan menyediakan LINK dengan "Yahoo e-group" , http://groups.yahoo.com/group/komuniti_oku/.

Click here to join komuniti_oku
Click to join komuniti_oku

Komuniti OKU juga menyediakan berita-berita terkini berkenaan dengan aktiviti terkini warga OKU. Disamping berita-berita terkini ia akan juga memuatkan cerita-cerita atau pengalaman warga OKU yang boleh dijadikan sebagai pendorong dan bahan motivasi warga OKU yang lain yang mungkin mempunyai masalah yang sama. 
 
Komuniti OKU tidak terlibat dengan mana-mana badan politik, badan keugamaan, dan juga tidak bertanggungjawab memungut atau merayu bantuan kewangan dari mana-mana pihak.
 
Bahan-bahan yang disedikan di laman ini adalah untuk rujukan warga OKU demi perkembangan dan kemajuan warga OKU. Laman ini diharapkan akan menjadi "one stop resource center" untuk warga OKU dengan tidak mengira bangsa, ugama dan peringkat kecacatan warga OKU tersebut.
 
Adalah diharapkan, warga normal yang melawati laman mendapat kesedaran bahawa OKU mungking kurang upaya dari segi deria atau fisikalnya tetapi mempunyai bakat yang sama atau lebih dari mereka yang normal. Warga OKU cuma perlukan dorongan dan bantuan untuk mencungkil dan mengasah bakat tersebut.
MISI KOMUNITI OKU

Menyatukan semua warga OKU didalam satu komuniti siber yang sihat dan aktif.

Menjadi one stop resource center dengan memberikan berita, dan informasi terkini untuk warga OKU didalam menjalankan kegiatan harian mereka.

Membincangkan masalah terkini warga OKU dan membawa isu-isu tersebut ke pihak yang yang bertanggunjawab.

Malaysian WebRing
Malaysian WebRing
[ Join Now | Ring Hub | Random | << Prev | Next >> ]


© 2001-2004 WebRing Inc. - Help - Browse WebRing

Copyright 2004, Komuniti OKU@